Monday, June 8, 2009

Bercuti di Terengganu dan Kelantan

Hari khamis hari tu saya bersama baba,mama, abang adam dan zain pergi ke terengganu.Kawan baba dan mama,cikgu alif kahwin di marang terengganu.

Kami bertolak hari khamis awal, pukul 7 pagi.Malam tu kami tidur kat chalet di marang,sebab baba kata senang nak pergi kenduri esok.dalam perjalanan tu kami singgah untuk melihat stadium sultan mizan yang runtuh tu.


Esok tu hari jumaat kami pergi berjalan-jalan di terengganu.Lepas kenduri kami pindah ke Hotel grand continental di kuala terengganu.

Hari sabtu kami pergi ke taman tamadun islam.banyak masjid ada kat situ.saya dan keluarga menaiki buggy untuk berjalan dalam kawasan taman monumen tu.seronok tau.




Kemudian kami pergi ke kota bharu.Hotel semuanya penuh.kami dapat sebuah bilik di pengkalan chepa.hari ahad kami pergi bersiar-siar di pasar khadijah.


Tengahari kami bertolak balik ke perlis. saya sangat seronok bercuti bersama keluarga saya kali ini.

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

Saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mama saya, Suria. Terima kasih kerana menyayangi saya selama ini. I love you Mum.

Hari ni saya, Baba, Mama dan abang Adam pergi jual barang kat Car Boot sales kat putra palace. Mula-mula tak ramai orang tapi lepas tu ramai. saya jual toys murah,50 sen sahaja.

Ni video abang adam dan saya menyanyi.mama yang ambil gambar dan baba buat kat youtube.

Monday, March 23, 2009

Kem Ibadah dan Motivasi 2009

Hari jumaat 20 mac saya dan abang adam pergi ke Bukit Ayer untuk menyertai kem ibadah dan motivasi.Kem ini baba yang buat.

Saya tidur diasrama.Saya seronok sebab dapat ramai kawan.Kami pergi keceramah.Kami sembahyang jemaah dan solat tahajud jugak.Saya azan kat sana.

Tapi saya letih sebab tidur lewat dan bangun awal.tidur pukul 11.30 dan bangun pukul 5.30.tapi saya gembira.

Nanti kalau ada lagi saya nak pergi lagi.





Saturday, March 7, 2009

Birthday saya

3 Mac 2009 hari tu, hari selasa ialah hari lahir saya.

Mama dan Baba belikan kek Kungfu Panda dan meraikan di Taska Mama. Seronok sebab ramai kawan yang ada di situ juga.



Mama belikan saya bola Nike sebagai hadiah hari lahir.



Saya sekarang sudah berumur 8 tahun. Sekarang Tahun Dua agak susah pelajaran. Saya nak dapat nombor satu selalu. Hari selasa ini 10 Mac saya ada peperiksaan. Saya harap saya akan dapat keputusan yang baik.

Saturday, January 3, 2009

Bercuti di Langkawi






Hari tu saya bersama keluarga dan Acik dan Uncle Remy pergi Langkawi. Kami bertolak pada hari Selasa 30 Disember 2008 dan pulang pada 1 Januari 2009.

Kami tinggal di Langkasuka Resort. Kami pergi ke pulau-pulau, naik bot.Seronok tau.Naik bot kena pakai lifejacket.

Saya mandi swimming pool, mandi laut dan mandi tasik dayang bunting.

Lagi sehari nak mula sekolah.Saya akan masuk kelas 2Kamil.

Saya seronok dapat bercuti ke Langkawi.Nanti cuti saya akan ajak Baba dan Mama pergi lagi.

Monday, December 29, 2008

Saya pergi Thailand

Baru-baru ini saya pergi keThailand dengan Mama,baba,abang adam,nenek,makngah,pakngah dan sepupu-sepupu saya.

Kami pergi ke wang kelian,kemudian ke thailand



Banyak barang-barang yang dijual tapi saya cuma beli tuala man u saja.

Thursday, December 11, 2008

Rambut panjang





Sekarang cuti sekolah.Saya tidak potong rambut lagi.Mama kata nanti dekat nak buka sekolah baru potong.Jadi rambut saya panjang sekarang.Tengoklah gambar saya dan abang Adam ni.Abang Adam kata rambut dia macam kumpulan Hujan.Hahaha.

Sekarang saya dan abang adam selalu main game Counter Strike dan Winning Eleven kat komputer.Baba belikan CD hari tu.Tapi baba tak bagi bergaduh.Kalau bergaduh baba akan delete game tu.

Hari raya haji hari tu saya pergi tengok orang sembelih lembu.saya pegang kepala lembu tu.saya rasa gembira dapat tengok orang sembelih lembu tu.